Thursday 10 October 2013

SEORANG ANAK MUDA YANG PUNYAI AZAM TINGGI ITULAH DATO' JAMAL!!

Dengan modal dan simpanan dari memiliki 11 cawangan gerai burger. Dato Jamal kemudiannya berjinak-jinak dalam bidang perkhidmatan. Pada tahun 1994, beliau telah berjaya membuka sebuah syarikat yang bernama KHEMAH MAJU SDN BHD yang berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan khemah dan membekalkan peralatan alat-alat tulis. Dan dalam masa yang sama, beliau juga turut menceburi bidang pembinaan melalui syarikat RASMI PADI SDN BHD.

Beliau memulakan kerjaya di dalam bidang Automotif pada tahun 1995, di mana pada ketika itu beliau menjadi pengarah di PROMINENT MOTORBIKE SDN BHD. Jawatan pengarah ini telah memberi satu peluang kepada beliau untuk menunjukkan kemampuannya menguruskan sebuah syarikat di mana beliau dapat menguruskan syarikat tersebut dengan baik.

Tahun 1998, merupakan antara kemuncak kejayaan hidup Dato Jamal. Syarikat JAMAL JAYA HOLDING SDN BHD telah ditubuhkan pada tahun 1998, di mana hala tuju perniagaan syarikat ini adalah aktif di dalam bidang membekal serta menguruskan pekerja asing bagi memastikan usaha yang berterusan dan kualiti kerja dipertingkatkan dalam menjadikan syarikat ini lebih cemerlang.

Melalui syarikat ini juga, beliau telah berjaya menubuhkan 9 buah anak syarikat yang fungsinya merangkumi pelbagai bidang termasuklah perkhidmatan, perladangan, ternakan, pembinaan, tenaga pengajar, dan lain-lain.

Beliau kembali mencipta kejayaan dalam bidang Automotif dengan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di IBM AUTOMOBILES SDN BHD. Sebagai seorang yang berinisiatif tinggi, beliau sendiri telah ke United Kingdom untuk menguruskan pengimportan kereta ke Malaysia. Tujuannya untuk memastikan kesemua kereta-kereta itu berada di dalam keadaan terbaik dan menepati citarasa pelanggan. Bagi melebarkan jalinan perniagaan, penerapan konsep 3S iaitu ‘Sales, Services and Spare Parts’ digunapakai bagi menaiktarafkan IBM AUTOMOBILES SDN BHD menjadi ‘One Stop Centre’.

4 comments:

  1. Ini lah bapak ketua kutu berahak kepada samseng2 rempit.. low class.. chait..hak tui! Bikin malu org melayu.. maaf cakap, sy melayu, tapi inilah produk hasil segelintir manusia yg hidupnya dipayung macam anakku sazali.. melukut di tepi gantang.. melayu puaka ni kuat main wayang.. kalau terer sgt pegi la gegar org2 yg hina harun din dan islam tu.. ni pak aji kopiah yg dia nak gegarnya.. piggii dah.. datukship pon beli nak cas bagus. Haakk tuiii - Malaikat 44

    ReplyDelete
  2. Polis Tumbuk saya...huhuhu...sobonar eii..bukan darah yg kluar kek idung Jamal jamban ..melainkan hingus...polis Tumbuk saya..waaa...waaa

    ReplyDelete
  3. Polis Tumbuk saya...huhuhu...sobonar eii..bukan darah yg kluar kek idung Jamal jamban ..melainkan hingus...polis Tumbuk saya..waaa...waaa

    ReplyDelete